Sesungguhnya musuh-musuh Allah s.w.t. telah membuat konspirasi terhadap dakwah ini. Mereka bersatu membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul. Mereka menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh para pendukung dakwah. Musuh-musuh Allah s.w.t. ini juga merampas semua buku-buku, majalah dan risalah yang berkaitan dengan jamaah ini. Mereka lemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap jamaah ini dengan tujuan memutuskan hubungan antara generasi-generasi muda dengan gerakan Islam. Biar generasi baru itu menjadi sesat dan hilang pedoman di tengah-tengah kemelut arus dengan pelbagai ideologi duniawi lantas tidak mengenali jalan kepada Allah s.w.t.. Di satu sudut lain pula, mereka bercita-cita untuk mengeringkan sumber-sumber bekalan bagi gerakan Islam. Meraka mahu supaya gerakan Islam ini ketandusan anggota-anggota baru dan darah baru yang diperlukan untuk meneruskan perjuangannya. Mereka sangka dengan berlalunya generasi kami ini akan terhentilah harakah Islam bersamanya. Tidak dapat diperbaharui lagi dan diteruskan perjuangannya kerana jauhnya para pemuda daripadanya dan kerana kejahilan mereka tentang gerakan Islam yang lalu. Mereka membuat tipu daya dan Allah s.w.t. membalas tipu daya mereka dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik pembalas tipu daya itu.
Sesungguh Allah s.w.t. telah menghancurkan putar belit dan tipu daya mereka. Mereka tidak berjaya menghalang cahaya Allah s.w.t. dari sampai kepada generasi hari ini lalu menyinari dan memandu mereka ke jalan dakwah. Para pemuda Islam berlumba-lumba mengadap dakwah Islam dengan penuh kesedaran, sikap yang benar dan ikhlas disertai dengan langkah-langkah yang tetap dan tegas di dalam jalan dakwah. Mereka tidak gentar dan tidak lari dengan apa yang telah didengar, dibaca atau dilihat oleh mereka tentang gangguan dan penindasan yang menimpa
saudara-saudara mereka yang lalu di jalan dakwah sebelum mereka. Para pendukung dakwah
sebelum mereka telah diganggu dan disakiti di jalan dakwah. Allah s.w.t. mengurniakan kesabaran kepada mereka, memberi, ketahanan dan ketetapan kepada mereka dan mengambil dari mereka beberapa banyak syuhada'. Tetapi mereka tetap tidak berlembut (berkompromi) menghadapi musuh-musuh Allah s.w.t., tidak leka, tidak berubah dan menukar arah. Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar
menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.
Nama file : Jalan Dakwah
bentuk file : pdf
halaman : 92
ukuran : 623,18 kb
download
Tidak ada komentar:
Posting Komentar