7 Tahapan Dakwah Fardiyah Musthafa Masyhur


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya
Tahapan-Tahapan Dakwah:
Pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (taaruf).
Kedua ialah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u.
Ketiga ialah menanamkan pembiasaan mengerjakan amalan-amalan fardhu, disiplin dengan amalan tersebut, dan berakhlak yang baik.
Keempat, menjelaskan pengertian ibadah yang syumul, tidak terbatas kepada sholat, puasa, zakat, haji saja, tapi menyangkut seluruh aspek kehidupan seperti makan, minum, pakaian, ilmu, amal, nikah, olahraga, mendidik anak dll.
Kelima, menjelaskan pengertian Islam yang syumul, yang berbicara tentang keshalehan individu dan sosial, agama dan negara, sistem hidup, perundang-undangan, dll.
Keenam, menjelaskan kepada mad'u bahwa kewajiban menegakkan agama Allah, tidak mungkin dilakukan secara sendiri-sendiri, tetapi harus melibatkan orang lain dalam bentuk berjamaah.
Ketujuh, menjelaskan kepada mad'u bagaimana memilih jamaah yang tepat, dalam rangka menegakkan agama Allah........dst

nama file : DakwahFardiyah
bentuk file : pdf
halaman : 17
ukuran : 177,10 kb


download

1 komentar:

  1. Jazzakallah... diperbolehkan mengunduh e-book Da'wah Fardiyah di blog ini. Semoga bermanfaat dalam menjalankan agenda da'wah. Salam kenal :-)

    BalasHapus