Detik-Detik Hidupku (Hasan Al-Banna)


Latar Belakang Ringkas Al-Syahid Hasan Al-Banna
Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.
Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.
Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa mereka. Perselisihan ini boleh
membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana. Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Separuh hari dihabiskannya untuk
mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan belajar Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi berbagai buku berharga mengenai Islam dan Sunnah...............dst


nama file : detik-detik hidupku Hasan Al-Banna
bentuk file : pdf
halaman :171
ukuran : 768 kb

download

Tidak ada komentar:

Posting Komentar